SERV memperkenalkan ciri baru #stayathome, turut berkolaborasi dengan syarikat tempatan untuk menghubungkan rakyat Malaysia dengan kemudahan harian di hujung jari.
April 21, 2020
News

Oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilanjutkan selama tempoh dua minggu, banyak perniagaan tempatan mengalami kemerosotan dan ini telah menyebabkan kegusaran di
kalangan penguasaha dari segi pemasaran ekonomi. Tidak dapat dinafikan banyak syarikat tempatan yang merasa bimbang dengan penularan virus COVID-19 yang berkemungkinan menyebabkan ramai rakyat kehilangan pekerjaan, selain menjadi cabaran kepada para pengguna untuk mendapatkan bekalan harian.

Di dalam keadaan rakyat sukar untuk bergerak dengan kenderaan sendiri, SERV tampil untuk bekerjasama dengan syarikat servis dalam talian tempatan dan menjadi “digital car” supaya masyarakat tidak putus dengan bekalan harian. SERV yang bercita untuk menjadi “Vehicle Super App” yang pertama di Malaysia telah meraih tumpuan ramai dalam meningkatkan kemudahan digital dan berganding bahu dengan syarikat tempatan yang menyediakan perkhidmatan penghantaran secara dalam talian melalui fungsi #stayathome dalam aplikasi SERV.

Ciri khas #stayathome merupakan salah satu cara untuk membantu rakyat Malaysia yang sukar untuk bergerak menggunakan kenderaan sendiri untuk mendapatkan keperluan harian. Tujuan
utama SERV adalah untuk mempromosikan kehadiran perniagaan tempatan dalam talian yang beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya tidak mengalami kemunduran jualan dalam jangka masa panjang. Dengan ciri khas yang bakal diperkenalkan kepada para pengguna, SERV turut mempromosikan usaha kerajaan untuk membawa perniagaan tempatan yang berskala kecil dan sederhana untuk persiapan menjelang bulan Ramadhan. Diantara perniagaan dalam talian yang kini beroperasi di aplikasi SERV adalah Kedai MatDespatch, ZeptoStore, TheLorry Grocer, BangiMart, Fregee dan lain-lain.

SERV percaya bahawa dengan penyelarasan dan kolaborasi dengan syarikat tempatan ini adalah penting untuk menangani krisis yang mencabar. Sebagai tanda komitmen SERV untuk meningkatkan pendedahan servis dan produk tempatan di mata masyarakat, SERV bekerjasama dengan pelbagai jenis penghantaran dan perkhidmatan dalam talian untuk memberikan keselesaan kepada rakyat Malaysia ketika berada di rumah dan juga usaha untuk menyokong perniagaan tempatan yang memberi kemudahan digital kepada rakyat Malaysia di hujung jari.

SERV berazam untuk menjadi aplikasi super untuk kenderaan yang pertama di Asia Tenggara dalam tempoh beberapa tahun akan datang dengan kolaborasi hebat bersama aplikasi perkhidmatan dalam talian tempatan, yang memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia untuk menetap di rumah ketika wabak penularan Covid-19. Untuk mencapai tujuan tersebut, SERV juga bakal berkolaborasi dengan syarikat teknologi tempatan untuk mengembangkan ciri-ciri khas aplikasi, untuk membina dan mempertingkatkan kualiti pengguna dan perniagaan.

Mengenai SERV

SERV mempercayai bahawa setiap pemilik kenderaan berhak mendapatkan servis yang dijamin selamat, jujur, dan boleh dipercayai melalui hujung jari anda. Dengan misi tersebut, SERV ditubuhkan pada 2017 dengan menawarkan penyelenggaraan kenderaan di tapak lokasi pilihan anda. Hari ini, dengan peningkatan bilangan rakan usahasama yang menyertai SERV, khidmat yang ditawarkan adalah lebih menyeluruh dimana SERV akan menjadi Aplikasi Super yang dikenali di Asia Tenggara.

Untuk pertanyaan pihak media, sila hubungi irma@serv.my. Untuk informasi lanjut mengenai SERV, sila layari www.serv.my.

Aplikasi SERV boleh didapati di Appstore dan Google Play.