CROWDFUNDING CAMPAIGN EXTENDED | 28/2/20201 | Live on pitchIN

Vehicle Super App, SERV Kini Membuka Peluang Untuk Pelaburan Awal Melalui Platform Crowdfunding, pitchIN
February 2, 2021
News

SERV, aplikasi Super-App untuk kenderaan dari Malaysia komited dengan misi untuk mendigitalkan pemilikan kenderaan dan menaik taraf sektor automotif tempatan. Bermula dengan aplikasi SERV yang menghubungkan pelanggan dengan bengkel kenderaan serta “mobile services” yang ditawarkan melalui aplikasi hingga ke status penyelenggaraan kenderaan yang seterusnya.

Penyelerasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini memberikan kesan yang besar kepada banyak “startup” berasaskan internet termasuk SERV yang kini menarik banyak minat dari orang ramai dan usahawan bengkel tempatan.

Di kala SERV sedang memainkan peranan untuk menaik taraf sektor automotif yang memberi manfaat kepada pengguna, ledakan internet baru-baru ini telah membuat masyarakat lebih peka tentang apa yang mampu ditawarkan oleh syarikat tempatan untuk mendigitalkan dan kini berpeluang untuk menjadi sebahagian dari pelabur awal dalam kemajuan teknologi tempatan.

Bermula tahun 2021, SERV membuka peluang pelaburan crowdfunding bersama pitchIN yang terkenal sebagai salah satu platform crowdfunding yang berjaya meraih lebih dari RM100 million dana dari 5000 pelabur runcit di Malaysia. Program ini juga mampu meraih perhatian orang ramai untuk turut bantu menyokong ekosistem digital di Malaysia dengan menjadi sebahagian dari pelabur runcit melalui platform crowdfunding seperti pitchIN.

Penggunaan media digital yang digunakan semasa PKP membuktikan industri internet di Malaysia semakin berkembang pesat dan situasi ini menunjukkan gaya hidup masyarakat semakin berubah kearah digital. Lebih banyak perniagaan termasuklah pengusaha bengkel yang kini mula menerokai alam digital untuk memudahkan operasi harian dan patuhi SOP kerajaan.

SERV hadir sebagai digital platform di dalam operasi harian bengkel kenderaan melalui sistem pengurusan workshop SERV yang menghubungkan pelanggan dari SERV app terus ke bengkel secara online.

SERV berazam untuk menaik taraf pemilikan kenderaan secara digital dan terus mencapai potensi untuk menjadi Super-App untuk kenderaan di Asia Tenggara dalam beberapa tahun akan datang dengan penambahan bengkel SERV atau SERV Merchants di setiap bandar utama di rantau ini.

Pada masa ini, aplikasi SERV menawarkan keperluan penyelenggaraan kenderaan dan beberapa ciri yang diperlukan pemandu kereta seperti cukai jalan dan insurans, laporan kesihatan kereta, penggantian bateri dan permintaan kecemasan 24/7.

Manakala untuk rakan bengkel, kami menghubungkan pelanggan melalui ciri terbaru iaitu Drive-In yang membolehkan pelanggan untuk buat temujanji online dan beri gambaran menyeluruh mengenai perkhidmatan yang pelanggan perlukan kepada bengkel.

Mengenai SERV

SERV mempercayai bahawa setiap pemilik kenderaan seharusnya berhak mendapatkan servis  yang dijamin selamat, jujur, dan boleh dipercayai melalui hujung jari anda. Dengan misi tersebut, SERV ditubuhkan pada 2017 dengan menawarkan penyelenggaraan kenderaan di tapak lokasi. Hari ini, dengan peningkatan bilangan rakan kongsi yang menyertai SERV,  khidmat yang ditawarkan adalah lebih menyeluruh di mana SERV akan menjadi Super App yang dikenali di Asia Tenggara.

Aplikasi SERV kini boleh didapati di Appstore dan GooglePlay: http://serv.my/app

Info pelaburan SERV boleh didapati disini: http://investors.serv.my/