6 CARA YANG ANDA TIDAK SEDAR MEROSAKKAN KENDERAAN ANDA

old

Memiliki sebuah kereta datang dengan tanggungjawab yang tersendiri. Bergantung pada cara anda menjaga kenderaan anda, anda mungkin akan mengalami pengalaman yang sentiasa anda inginkan ataupun disebaliknya. Cara pemanduan sebegini ini boleh menyebabkan anda kerugian sejumlah duit yang banyak, tenaga dan masa untuk membaiki kenderaan anda. Berikut adalah 6 cara yang boleh merosakkan kenderaan anda:

1. MENGABAIKAN LAMPU PERIKSA ENJIN KENDERAAN.

Kos pembaikan dan masalah enjin kereta akan berlaku jika lampu periksa enjin kenderaan yang menyala tidak dihiraukan. Lampu ini boleh mengelakkan kenderaan anda daripada sebarang masalah enjin yang boleh memberi impak negatif kepada kadar penggunaan bahan api.

2. TIDAK MENUKARKAN CECAIR DAN PENAPIS.

Sudah tentu, semua orang inginkan kenderaan mereka dalam keadaan yang bagus dan stabil. Penukaran cecair dan penapis amatlah disarankan jika anda ingin kereta anda beroperasi dengan baik. Pastikan anda periksa cecair dan penapis anda dengan kerap. Tindakan ini akan membantu memastikan komponen dan sistem kenderaan anda sentiasa dilindungi sekaligus memanjangkan jangka hayat kenderaan anda.

3. TIDAK MEMERIKSA TAYAR ANDA.

Amatlah penting untuk kerap memeriksa tayar anda dari segi kedalaman tapak dan tekanan udara dalam tayar. Jika tayar anda kurang angin, ia akan mudah haus dengan cepat dan boleh memberi kesan negatif terhadap penggunaan petrol, keselamatan dan prestasi kenderaan anda.

Subscribe to our mailing list

Sign up now to get the latest news from SERV

Email Address*:
First Name*     :
Last Name*      :
*required information


4. TIDAK MENGIKUTI JADUAL PENYELENGGARAAN.

Mengabaikan jadual penyelenggaraan kereta tidak akan memberikan anda pengalaman pemanduan yang anda inginkan. Bahagian dan komponen untuk kebanyakan kereta akan mudah menjadi rosak atau haus jika kenderaan tersebut tidak diselenggarakan dengan sebaiknya. Pengikutan jadual penyelenggaraan berkala secara disiplin dapat membantu menghindarkan sebarang situasi yang tidak diingini berlaku atau kos pembaikan kereta yang mahal.

5. TIDAK MENJAGA KEBERSIHAN KERETA ANDA.

Anda mungkin ingat bahawa memastikan kereta anda dalam keadaan bersih bukan perkara yang penting tetapi itu tidak benar. boleh menjadi berbahaya kerana ia boleh membawa kepada pengumpulan kotoran dan bahan kimia yang boleh merosakkan kereta anda. Selain itu, ia boleh menjejaskan daya penglihatan anda semasa memandu. Untuk mengelakkan pencemaran seperti habuk, kotoran, serangga dan lain-lain dari kereta anda, basuhlah permukaan luar kereta anda.

dirty

6.TIDAK MEMANDU DENGAN CERMAT.

Selalunya kita melihat seseorang memandu laju daripada sepatutnya, berhenti dan memulakan kereta mereka dengan cepat, mengabaikan cuaca yang melampau, membawa muatan yang berat dan melalui jalan yang berlubang. Perbuatan ini hanya akan memberi kesan negatif terhadap kenderaan anda. Dari segi cuaca, perkara ini tidak dapat dijangka. Kadang-kadang hujan akan turun ataupun berkabus, tetapi kita sepatutnya boleh mengawal kelajuan kenderaan kita secara munasabah.

Kami di SERV percaya bahawa penyelenggaraan kereta yang baik ialah kunci kepada keselamatan di jalan raya. Oleh itu, untuk memudah proses servis dan penyelenggaraan ringan kepada pengguna kereta, SERV telah memperkenalkan konsep “Perkhidmatan Servis Kereta di Mana Sahaja”.

Kini, melalui aplikasi SERV, para pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan servis dan penyelenggaraan ringan kereta dengan mudah, pantas dan telus. Selain itu, anda akan menerima satu laporan kesihatan kereta secara PERCUMA bernilai RM 70 apabila anda menggunakan khidmat SERV. Laporan ini sangat berguna untuk anda mengetahui dan faham akan keadaan sebenar kereta anda.

Jadi, tunggu apa lagi, servis kereta anda dengan SERV sekarang! .

Menservis kereta anda kini lebuh mudah dengan aplikasi SERV:

  • Apple Store
  • Google Play Store

    Atau layari laman web SERV untuk maklumat lanjut.

    *tertakluk kepada ketersediaan rakan kongsi Serv