DAPATKAN PERKHIDMATAN SERVIS KERETA TANPA PERLU KE BENGKEL

Kini anda boleh menservis kereta anda di pejabat atau rumah -di mana sahaja yang anda mahukan. Ya, ini dibolehkan dengan Serv

lady1” width=

SERV sering membayangkan gaya hidup yang dilengkapkan oleh teknologi canggih yang akan membawa kemudahan kepada kehidupan orang ramai.

Oleh itu, SERV, yang berpusat di MaGIC Cyberjaya ditubuhkan untuk meringankan beban pekerja bandar dalam mendapatkan perkhidmatan servis kereta mereka.

Dengan konsep "Servis Kereta Di Mana-mana", SERV telah mencipta platform dalam talian yang akan menghubungkan anda dengan mekanik yang berkelayakan. Sekarang, anda tidak perlu membazirkan hujung minggu atau mengorbankan cuti tahunan anda untuk menghabiskan hari di pusat servis. Kini anda boleh servis kereta tanpa ke bengkel.

SERV Partner (SP), yang merupakan mekanik berdaftar mereka, akan datang ke mana-mana tempat yang anda tetapkan - hanya untuk servis kereta anda. Dengan aplikasi ini, 'Saya tidak mempunyai masa' pastinya bukan lagi alasan untuk kereta anda tidak diservis mengikut rutin.

Ada yang mungkin mempersoalkan sama ada perlu ke untuk menyelenggara kereta dengan kerap? Dan, apa kesan paling buruk yang boleh berlaku jika anda menunggu beberapa bulan selepas daripada tarikh servis yang disyorkan?

lady2” width=

Meskipun kereta anda nampak seperti berfungsi dengan normal, tetapi ia akan meninggalkan impak buruk kepada bahagian dalaman kereta. Enjin akan menjadi kurang cekap dan cenderung untuk menjadi panas dengan pantas. Mendapan akan terbentuk di sekitar enjin dan komponennya justeru memendekkan hayat enjin. Keadaan enjin yang teruk boleh menyebabkan kos pembaikan boleh menjadi ribuan ringgit.

Beroperasi setiap hari, SERV Partner akan datang kepada anda untuk memenuhi keperluan anda, sama ada di rumah, pejabat atau restoran anda. Anda hanya perlu membuat tempahan melalui aplikasi mudah alih.

Subscribe to our mailing list

Sign up now to get the latest news from SERV

Email Address*:
First Name*     :
Last Name*      :
*required information


Apa yang unik tentang SERV - anda akan menerima sebut harga apabila anda telah menempah dengan mereka, oleh itu membayar lebih daripada yang disangka, yang kita semua pernah alami, tidak akan berlaku.

Setelah tempahan dan pembayaran dilakukan, kereta anda akan diservis secara eksklusif oleh SERV Partner. Laporan kesihatan kereta yang terdiri daripada 23 point pemeriksaan juga diberi secara percuma; agar anda lebih faham mengenai keadaan kereta anda.

SERV kini beroperasi di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya & Cyberjaya dan dalam proses untuk meliputi bandar-bandar utama di Malaysia.

Menservis kereta anda kini lebuh mudah dengan aplikasi SERV:

  • Apple Store
  • Google Play Store

    Atau layari laman web SERV untuk maklumat lanjut.

    *tertakluk kepada ketersediaan rakan kongsi Serv