FUNGSI “ECO MODE” KERETA

Ecomode

Pernah perasan kewujudan butang “Eco Mode” dan tertanya-tanya apakah fungsinya? Memandangkan penggunaan kereta yang menjimatkan minyak semakin popular, semakin banyak syarikat pengeluaran kereta telah menerokai dalam pelaksanaan teknologi “Eco-driving” kepada kereta mereka. Teknologi ini dikatakan sangat sesuai untuk pemanduan di dalam bandar.

Meskipun teknologi ini sudah diguna-pakai kepada kebanyakan kereta pada masa kini, majoriti pengguna kereta masih kurang faham tentang apa yang sebenarnya fungsi ini serta bagaimana dan bila ia digunakan. Pada masa yang sama, terdapat juga kereta yang mengaktifkan fungsi ini secara automatik apabila memandu di bawah kelajuan tertentu.

Untuk makluman anda, “Eco Mode” atau Mod Eko bermaksud Mod Ekonomi. Apabila fungsi ini diaktifkan, ia akan mengubah ciri-ciri tertentu kereta secara mekanikal. Ia berperanan untuk memaksimum kilometer perjalanan yang boleh diperoleh dari setiap liter minyak digunakan.

Hal ini kerana, apabila fungsi ini diaktifkan, prestasi enjin dan pecutan akan terbantut. Dalam erti kata lain, kereta akan menjadi kurang berkuasa. Ini dilakukan dengan mengurangkan tindak balas pendikit supaya bertambah secara beransur untuk menjimatkan penggunaan bahan bakar. Sesetengah jenama pengeluar kereta juga mendakwa akan mempengaruhi kawalan AC, di mana kawalan suhu akan menjadi kurang agresif untuk mengekalkan suhu aircond yang ditetapkan.

Subscribe to our mailing list

Sign up now to get the latest news from SERV

Email Address*:
First Name*     :
Last Name*      :
*required information

Salah satu kekurangan dalam memandu di Mod Eko adalah proses pecutan akan menjadi pasif dan lembut – kelajuan tidak akan meningkat secara mendadak. Ini boleh menyebabkan pemandu tidak berpuas hati dan punca utama sesetengah enggan mengaktifkannya. Selain itu, kenderaan akan menjadi kurang berkuasa untuk dipandu di kawan berbukit. Oleh itu, ciri ini hanya sesuai untuk pemanduan di dalam bandar kerana kebanyakan pemandu memandu pada kelajuan rendah berbanding semasa perjalanan jauh.

Namun begitu, harus diingatkan, penggunaan bahan apa pada dasarnya bergantung pada gaya pemanduan. Pemanduan secara melulu masih akan menggunakan lebih banyak bahan api meskipun Mod Eko sudah diaktifkan. Tetapi, kewujudan fungsi ini dilihatkan sebagai satu langkah yang bagus. Ini kerana ia dapat membantu anda menjimatkan minyak justeru menyebabkan pemanduan itu lebih mesra-alam.

Tahukah anda penjagaan kereta yang rapi mampu menjimatkan penggunaan minyak?

Servis kereta anda dengan SERV tanpa perlu ke bengkel.

Mudah.Telus.Terjamin