KENAPA WANITA BERKERJAYA PERLU TAHU TENTANG SERVIS KERETA..!

woman-2773007_640

Servis kereta : Faktor keselesaan ketika di bengkel sangat mempengaruhi emosi seseorang wanita. Dengan kebanyakkan bengkel tersedia kerusi yang usang dan juga majalah majalah yang dah lapuk memang akan menyebabkan keadaan tidak selesa.

Apatah lagi jika terpedaya dengan bengkel yang suka upsale dengan menasihatkan tukar sesuatu part walaupun masih baik untuk digunakan.

Inilah yang kerap dialami oleh wanita jika tersilap langkah dengan menghantar kenderaan ke bengkel yang "cekik darah". Pantang Nampak kita ni bergaya dan berkerjaya, memang nak di”ketuk”nya kita.

Servis kereta memang penting dan perlu diambil tahu oleh wanita apatah lagi oleh lelaki.

Berikut adalah perkara-perkara asas tentang servis kereta yang seorang wanita patut tahu dan boleh dikongsikan kepada suami atau teman lelaki.

Minyak hitam @ Minyak Enjin

Inilah perkara utama dilakukan oleh pemilik kereta semasa servis kereta. Minyak hitam jenis mineral atau bukan sintetik untuk jarak perjalanan sehingga 5,000 km.

Jenis Semi Sintetik untuk jarak perjalanan hingga 8000km mengikut pengeluar minyak

Dan untuk Fully Sintetik boleh pergi hingga jarak 12,000km.

Penapis Minyak @ Oil Filter

Sama seperti minyak enjin. Memang sebaiknya dan dinasihatkan ditukar sekali semasa menukar minyak hitam. Kebiasaanya semasa servis kereta , oil filter ini akan ditukar sekali pakej dengan minyak hitam.

Spark plug

Di tukar mengikut jarak. 20 000km adalah jarak yang ideal untuk menukar spark plug. Walaupun boleh menempuh jarak sehingga 25 000km untuk menukarnya, adalah baik jika ditukar sebelum 25 000km. Kereta sukar untuk dihidupkan jika spark plug ini kong atau elektrod dah terlalu nipis.

car-1564300_640

Bateri Kereta

Boleh bertahan sehingga 2 atau 3 tahun mengikut jenis. Jika bateri sel kering boleh mencecah 3 tahun. Dan sel basah dalam lingkungan 2 tahun. Bateri adalah sangat penting dan ianya jika kong, enjin memang tak boleh dihidupkan.

Anda perlu tahu jenis bateri kereta kerana setiap kereta ada kod jenis bater mengikut saiz enjin kereta. Semasa anda melakukan servis kereta, boleh minta mekanik untuk periksa kesihatan bateri kereta anda.

Tayar

Lagi satu komponen penting dalam sesebuah kereta, jangka hayat tayar paling lama 5 tahun. Walaupun anda jarang pakai dan bunyanya masih baik, namun getah tayar itu ada tarikh lupusnya iaitu 5 tahun dari tarikh dikeluarkan.

Tapi kebanyakkan kereta di Malaysia ni jarang sampai 5 tahun tak tukar. Biasanya 2 ke 3 tahun bunga dah nipis.

Subscribe to our mailing list

Sign up now to get the latest news from SERV

Email Address*:
First Name*     :
Last Name*      :
*required information


Tekanan Angin Dalam Tayar

Periksa angin tayar adalah perkara penting sebelum memulakan perjalanan. Angin yang kurang berisiko menyebabkan tayar jadi rosak dan botak tepi.

Angin berlebihan pula boleh menyebabkan tayar cepat botak tengah. Oleh itu isi angina mengikut kadar yang ditetapkan dalam buku manual.

Perkara diatas ini menjadi ukuran utama dalam asas servis kereta. Dan ianya boleh dilakukan dengan sendiri sama ada wanita mahupun lelaki. Selain dari itu mari kita teruskan pembacaan untuk perkara perkara dibawah .

Ianya juga mustahak untuk setiap pemandu ambil tahu. Dan pasti ianya info yang berguna kepada diri dan masyarakat.

timing-belt-995254_640

Timing Belt

Kebanyakkan kereta sehingga 60 000km jarak perjalanan. Ada juga sehingga 90 000km dan 160 000km. Walau bagaimanapun adalah dinasihatkan untuk periksa pada buku manual kereta masing masing ya.

Penapis Minyak Petrol @ Fuel Filter

Tukar sekitar 40,000 km hingga 45 000km. Harga yang sangat mampu sekitar RM15-RM50 mengikut jenis kereta.

Tahukah anda ada satu perkhidmatan untuk 23 point pemeriksaan kereta anda hanya dimana mana yang anda mahukan? Boleh rujuk gambar dibawah.

Serv-App.png

Air Filter atau Penapis Udara

Yang ini di tukar setiap 20,000 km hingga 30 000km. Kita boleh tengok keadaan penapis udara ini dulu. Jika hitam dan dah rosak boleh saja untuk tukar. Jika dalam keadaan baik boleh minta mekanik untuk bersihkan guna tekanan angin tinggi atau air compressor.

Minyak Transmisi Automatik @ ATF (Automatic Transmission Fluid)

Minyak ini memang sangat penting bagi yang pakai kereta jenis automatik. Dalam buku manual ada bagitau waktu dan jarak sesuai untuk menukarnya.

Kebanyakkan kereta kena tukar minyak ni dalam lingkungan 30 000km hingga 40 000km. Kerosakan gear box automatic adalah igauan ngeri bagi yang mengabaikan servis minyak ini kerana kosnya sanagt besar.

Minyak Gear @ Gear Oil (Kereta Manual)

Untuk mereka yang pakai kereta manual. Kereta anda tak perlu guna minyak ATF seperti yang diterangkan diatas. Minyak ini boleh ditukar setiap 60,000 km sekali.

Minyak Brek dan Minyak Power Stereng

Juga sebaiknya ditukar setiap 60,000 km.

Radiator Coolant

Sebotol RM8-RM15. Selalunya berwarna hijau atau hijau kebiruan mengikut pengeluar. Boleh tukar setiap 60,000 km. Ianya penting bagi menjaga kestabilan suhu enjin.

timing-belt-995254_640

Air-Cond Belt/ Alternator Belt

Belt atau tali sawat ini perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti sama ada perlu ditukar atau tidak.

Ini kerana belt-belt ini letaknya diluar dan mudah dilihat. Jika bunyi nyaring pada belt ini, itu tanda tanda dah perlu ke bengkel.

Pemeriksaan Berkala

Sangat perlu dilakukan bagi memastikan kereta dapat beroperasi dengan baik. Ada baiknya melakukan penyelengaran pencegahan atau preventive maintenance bagi memastikan keadaan kereta kita sentiasa berkeadaan baik.

Semua maklumat dalam artikel ini adalah info penting yang perlu kita sebagai wanita ambil tahu, jika tak semua, sekurang kurangnya minyak hitam, oil filter dan tekanan angin pada tayar perlu sangat sangat untuk kita tahu. Kerana itulah asas kepada servis kereta.

Zaman moden ini boleh dikatakan banyak website atau mobile apps yang menawarkan kepakaran servis kereta juga penukaran bateri kereta kepada golongan wanita mahupun lelaki.

Antaranya ialah SERV , iaitu platform yang menghubungkan antara mekanik mahir dan pengguna kereta. Anda boleh lawati website mereka iaitu www.serv.my dan ada juga apps dari mereka, boleh download disini:

Untuk IOS-->ServIOS

Untuk Android-->ServAndroid

Serv.png