MENGGANTIKAN PENGELAP CERMIN: KEWAJIPAN BERSAMA

wiper

"Lampu depan dan belakang elok ke untuk orang tengok kita?"

"Tayar ni dapat grip ke? Harap-harap tak licin la"

Itulah persoalan yang sentiasa bermain di fikiran kita ketika memandu pada musim hujan. Ya, musim yang sudah pastinya sinonim dengan suasana musim di Malaysia.

Selaku pemandu berhemah yang mengutamakan keselamatan diri, keluarga dan pemandu sekeliling, sudah tentu kita mahukan semua komponen yang memainkan peranan penting ketika pemanduan berada dalam kondisi yang memuaskan.

Namun begitu, komponen yang sering dilepas pandang oleh para pemandu ialah pengelap cermin hadapan kereta. Ya, walaupun pengelap cermin itu terletak di depan mata pemandu, tetapi komponen inilah yang sering mendapat kurang perhatian untuk diberi pemeriksaan.

Pada waktu hujan, pernah anda dengar bunyi-bunyi yang kurang enak ketika pengelap cermin berfungsi? Ataupun penglihatan yang kabur walaupun pengelap cermin masih bergerak? Penglihatan yang terhad meningkatkan risiko anda untuk terlibat dalam kemalangan jalan raya. Hal ini akan membahayakan nyawa anda dan orang yang tersayang.

Sudah tiba masanya untuk anda menggantikan pengelap cermin anda. Pemeriksaan secara berkala pada kondisi pengelap tingkap anda adalah sama penting dengan mengserviskan kereta anda. Pengelap cermin seharusnya digantikan dalam masa setiap 6 hingga 12 bulan. Walaubagaimanapun, kita selaku pemandu yang berhemah harus mengetahui tanda-tanda yang menunjukkan pengelap cermin itu harus diganti.

SERV telah mengenalpasti tanda yang mudah dikesan oleh para pemandu sekiranya pengelap tingkap harus digantikan.

wiper_streak” width=

1. Bahagian getah pengelap cermin

Bahagian getah harus berada pada keadaan yang sempurna. Sebarang kecacatan seperti rekahan, belahan dan retakan merupakan petanda untuk anda menggantikan pengelap cermin anda. Jika pengelap cemin anda sudah digunakan untuk tempoh yang lama, bahagian bucu getah akan menjadi tumpul.

2. Garis-garis di Cermin Hadapan

Jika anda lihat terdapat beberapa garis yang jelas kelihatan di cermin hadapan, itu adalah kesan-kesan kotoran yang ditinggalkan oleh pengelap cermin anda. Walaupun anda berjaya membuang kotoran itu, tanda kotoran akan sentiasa kembali selagi anda belum menggantikan pengelap cermin.

3. Bunyi Bising

Bunyi bising apabila pengelap cermin bergerak bukan sahaja menyebabkan pengalaman memandu yang kurang tenang, tetapi ia juga bermaksud sedikit sahaja permukaan yang bersentuhan antara pengelap cermin dan cermin hadapan.

4. Rangka yang bengkok

Rangka yang bengkok menyebabkan permukaan antara pengelap cermin dan cermin hadapan. Ini juga disebabkan cara pengendalian yang kasar oleh pengguna apabila mencuci pengelap cermin.

Subscribe to our mailing list

Sign up now to get the latest news from SERV

Email Address*:
First Name*     :
Last Name*      :
*required information


5. Permukaan yang kurang bersentuhan

Apabila anda masih melihat terdapat permukaan yang masih tidak dilap oleh pengelap cermin, itu bermaksud terdapat ruang di cermin hadapan yang tidak bersentuhan dengan pengelap cermin. Ini menandakan bahawa pengelap cermin itu sudah lama atau sebenarnya bengkok.

Pengelap cermin merupakan komponen penting untuk pemanduan selamat. Ia memastikan penglihatan yang sempurna ketika pemanduan pada waktu hujan. Seperti yang disebut sebelum ini, pengelap cermin merupakan komponen kereta yang biasanya tidak diberikan perhatian, tetapi antara komponen paling mudah untuk dijaga. Lihatlah buku manual anda untuk mengetahui secara lebih mendalam tentang penjagaan pengelap cermin.

SERV memberikan pengkhususan penting dalam keselamatan jalan raya. Penggantian pengelap kereta merupakan antara servis yang ditawarkan kepada pengguna seiring dengan perkhidmatan servis kereta. Kini, SERV sedang menganjurkan "SERV Wiper Day", bertujuan untuk mewujudkan kesedaran tentang pentingnya menggantikan pengelap cermin kereta.