PENTINGNYA MENJAGA SISTEM TRANSMISI ANDA

atf

Bagi memastikan sebuah kenderaan berfungsi pada prestasi tertinggi, ia mesti mempunyai pelincir transmisi yang mengalir ke seluruh bahagian berkaitan dan mesti diganti secara berkala. Pelincir transmisi juga dikenali sebagai minyak gear adalah minyak khusus yang digunakan terutamanya untuk transmisi automatik. Minyak ini akan menghalang bahagian-bahagian logam dari bergeser di dalam sistem transmisi anda. Ia juga bertindak sebagai bahan penyejuk yang akan membantu bahagian lain dalam kotak gear untuk kekal sejuk. Sebenarnya, cecair transmisi auto ada beberapa jenis, bergantung pada jenis transmisi kenderaan anda menggunakan. Untuk transmisi automatik, kebanyakkan kereta menggunakan minyak transmisi automatik biasa. Bagi transmisi manual, ia mungkin berbeza, seperti penggunaan minyak transmisi automatik, minyak motor biasa atau minyak gear hypoid.

Antara langkah bagi memastikan transmisi berjalan dengan efisien, minyak gear merupakan salah satu aspek penting. Ia digunakan untuk melincirkan transmisi kereta anda supaya mampu berfungsi dengan baik dan lancar. Ia akan membantu melindungi dan membersihkan permukaan logam gear kereta anda daripada terhakis serta menjaga keadaan gasket. Minyak gear adalah kunci untuk memiliki kereta yang tahan lama dan mampu beroperasi dengan kapasiti yang terbaik. Terdapat pelbagai jenis minyak gear di pasaran kini. Penyelesaian terbaik untuk mengetahui jenis minyak gear yang terbaik untuk kenderaan anda adalah dengan mengikut nasihat pakar automotif. Pastikan anda mengikut jadual penyelenggaraan kereta anda dengan baik dan seeloknya periksa kereta anda dengan kerap.

Bak kata pepatah “pencegahan adalah lebih baik daripada merawat”, anda di nasihatkan untuk mengikuti saranan pengeluar kenderaan anda ketika mendapatkan perkhidmatan servis minyak gear bagi mengelak isu-isu berikut daripada berlaku:

1. KEKURANGAN CECAIR TRANSMISI

Minyak atau cecair gear boleh berkurang disebabkan oleh 2 perkara. Pertamanya adalah dari kesilapan manusia. Sewaktu servis kereta anda, sekiranya tangki minyak gear tidak diisi dengan betul, ia boleh menyebabkan masalah besar kepada sistem transmisi. Sebab lain minyak gear berkurang ialah kerana terdapat kebocoran pada minyak gear seperti yang dijelaskan di bawah.

Subscribe to our mailing list

Sign up now to get the latest news from SERV

Email Address*:
First Name*     :
Last Name*      :
*required information


2. KEBOCORAN CECAIR TRANSMISI AUTOMATIK

Semasa memandu, sekiranya anda melihat cecair berwarna merah di atas jalan, ia antara tanda bahawa anda mempunyai kebocoran minyak gear. Pengedap antara enjin dan sistem transmisi adalah salah satu kawasan kebocoran yang paling biasa berlaku selain daripada lubang saluran gear. Kebocoran boleh mengakibatkan kurang daya pecutan, tindak balas tertunda dan gear tergelincir. Ini adalah kerana pelincir transmisi yang tidak mencukupi untuk transmisi berfungsi dengan baik.

3. CECAIR TRANSMISI TERSUMBAT

Penjagaan kereta yang baik adalah sangat penting untuk memastikan ia mempunyai jangka hayat yang panjang. Anda perlulah sentiasa memastikan pelincir transmisi automatik anda diservis berdasarkan jadual yang ditetapkan dan jangan lupa untuk menganti penapis minyak gear. Minyak tidak dapat mengalir dengan lancar ke dalam transmisi sekiranya penapis tersumbat. Penukaran flush dan penapis ATF mungkin boleh membantu dalam menyelesaikan masalah transmisi.

Untuk mengekalkan kereta anda sentiasa berfungsi dengan baik, minyak transmisi adalah salah satu aspek penting dalam memastikan kereta anda lancar dan cekap. Sebenarnya, proses penyelenggaraan minyak transmisi bukan kerja yang susah. Anda sebenarnya boleh melakukan tugas itu sendiri, jika anda tahu apa yang anda lakukan. Walau bagaimanapun, anda disyorkan untuk membiarkan proses penyelenggaran ini dilakukan oleh yang pakar. Di samping itu, anda juga boleh meminta mereka untuk memeriksa kereta anda untuk sebarang kebocoran lain.

Kami di SERV percaya bahawa penyelenggaraan kereta yang baik ialah kunci kepada keselamatan di jalan raya. Oleh itu, untuk memudah proses servis dan penyelenggaraan ringan kepada pengguna kereta, SERV telah memperkenalkan konsep “Perkhidmatan Servis Kereta di Mana Sahaja”.

Menservis kereta anda kini lebuh mudah dengan aplikasi SERV:

  • Apple Store
  • Google Play Store

    Atau layari laman web SERV untuk maklumat lanjut.

    *tertakluk kepada ketersediaan rakan kongsi Serv