PERSEDIAAN SEBELUM PERJALANAN JAUH

journey

“Road trip” selalunya digambarkan sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan disukai ramai. Masa yang bakal dihabiskan di dalam kereta, menyanyi lagu di radio, pemandangan yang menenangkan dan hentian yang dilakukan adalah antara perkara yang dinanti-nantikan.

Bagi setiap perjalanan jauh, perkara terakhir yang anda mahukan adalah mengalami masalah kereta. Ini kerana ia akan menganggu jadual perjalanan anda. Oleh itu, berikut adalah senarai perkara yang perlu diberi perhatian sebelum memulakan perjalanan.

1. Dokumen: Kena saman dengan pihak JPJ atau polis trafik semestinya akan merosak mood percutian anda. Oleh itu, sebelum memulakan perjalanan anda, pastikan anda periksa tarikh tamat lesen anda dan sama ada “road tax” anda masih sah. Simpan juga manual kereta dan maklumat bantuan kecemasan jalan raya di dalam kereta.

2. Beg Kecemasan: Beg ini sering dianggap remeh bagi kebanyakan orang, namun beg ini sangat berguna terutamanya di saat kecemasan. Boleh baca lebih lanjut mengenai cara penyediaan beg ini di artikel “Barang Wajib Ada Dalam Kereta Anda Untuk Perjalanan Jauh”. Tip mudah untuk anda – mulakan dengan barangan asas dan tambah mengikut keperluan anda.

Subscribe to our mailing list

Sign up now to get the latest news from SERV

Email Address*:
First Name*     :
Last Name*      :
*required information


3. Tayar:
Ini adalah ciri keselamatan yang sangat penting dan antara sumber utama masalah yang paling biasa berlaku ketika dalam perjalanan. Ingatlah bahawa tayar adalah satu-satunya pengantara di antara kereta dan jalan raya. Jadi semak keadaan tayar anda dan pastikan tekanan udara berada di tahap yang betul. Pastikan juga anda simpan tayar “spare” di dalam kereta anda.

4. Brek: Masalah brek adalah masalah yang anda wajib elak dari berlaku, tidak kira sama ada untuk perjalanan pendek atau jauh. Hal ini kerana masalah brek adalah sangat bahaya dan boleh menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku. Perlu ketahui bahawa sistem brek terdiri daripada beberapa komponen antaranya ialah “brake pad”, gandar brek serta cecair brek.

5. Bateri: Masalah bateri lemah atau “kong” adalah satu masalah yang boleh dielakkan dengan mudah. Namun, masih ramai yang mengalami masalah ini ketika dalam perjalanan. Cara paling mudah untuk mengelakkan masalah ini daripada berlaku adalah dengan memeriksa sambungan, voltan dan cecair bateri. Anda dinasihatkan mendapat khidmat profesional untuk melakukannya sekiranya anda tidak mahir.

journey 6. Cecair: Bercakap mengenai cecair brek dan bateri, terdapat juga cecair atau pelincir lain yang perlu anda periksa. Contohnya adalah minyak enjin, cecair pencuci tingkap dan “coolant”. Oleh itu, sekiranya terdapat kekurangan pada mana-mana cecair, pastikan anda menambahnya sebelum memulakan perjalanan anda.

7. Penyelenggaraan & Servis Ringan: Sekiranya anda masih belum perasan, kebanyakan persediaan untuk perjalanan yang selamat berkait rapat dengan penyelenggaraan kereta. Jika anda kerap servis dan jaga kereta anda, kebanyakan masalah ini boleh dielakkan dengan mudah. Walau bagaimanapun, anda disyorkan untuk periksa keadaan kereta anda sekerap mungkin terutamanya sebelum memulakan perjalanan jauh. Hal ini kerana jarak masa antara setiap servis adalah sekitar 3-6 bulan, dan banyak perkara boleh berubah atau berlaku dalam tempoh tersebut.

Kami di SERV percaya bahawa penyelenggaraan kereta yang baik ialah kunci kepada keselamatan di jalan raya. Oleh itu, untuk memudah proses servis dan penyelenggaraan ringan kepada pengguna kereta, SERV telah memperkenalkan konsep “Perkhidmatan Servis Kereta di Mana Sahaja”.

Kini, melalui aplikasi SERV, para pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan servis dan penyelenggaraan ringan kereta dengan mudah, pantas dan telus. Selain itu, anda akan menerima satu laporan kesihatan kereta secara PERCUMA bernilai RM 70 apabila anda menggunakan khidmat SERV. Laporan ini sangat berguna untuk anda mengetahui dan faham akan keadaan sebenar kereta anda.

Jadi, tunggu apa lagi, servis kereta anda dengan SERV sekarang! .

Menservis kereta anda kini lebuh mudah dengan aplikasi SERV:

  • Apple Store
  • Google Play Store

    Atau layari laman web SERV untuk maklumat lanjut.

    *tertakluk kepada ketersediaan rakan kongsi Serv