TANDA TANDA AIRCOND KERETA AKAN ROSAK

Jika sebelum ini kami kongsikan kepada anda tips penjagaan penghawa dingin kereta, mesti anda semua ingin tahu apa tanda-tanda komponen penghawa dingin kereta yang rosak. Komponen tersebut seperti berikut:-

1.Compressor

Tanda-tanda compressor kereta rosak adalah bila penghawa dingin kereta dihidupkan, suhu kereta menjadi panas dan berbunyi bising. Jika terjadi perkara sebegini periksa compressor, jika ada kotoran berkeladak hitam mungkin compressor telah rosak.

2.Cooling Coil

Penghawa dingin kurang sejuk dan terdapat asap seperti kabus putih yang tebal dalam kereta memberi tanda kemungkinan cooling coil rosak. Suhu kereta juga menjadi panas jika terdapat kebocoran besar dan kecil pada cooling coil serta anda boleh menghidu bau gas penghawa dingin.

3.Valve Aircond

Penghawa dingin kereta sekejap panas dan sejuk memberi petanda bahawa valve aircond  telah rosak.

4.Kipas Penghawa Dingin

Jika komponen ini rosak kereta anda akan tidak sejuk langsung dan suhu enjin kereta meningkat lebih dari kebiasaan dan tolok suhu akan naik.

5.Condenser

Servis telah dilakukan dan semua komponen berfungsi tetapi penghawa dingin kereta masih tidak sejuk. Ini merupakan petanda kerosakan condenser.

Enjin kereta anda mengeluarkan bunyi lebih kasar dan agak sedikit bising apabila anda menekan pedal minyak adalah tanda yang condenser kereta berkemungkinan mempunyai masalah.

6.Suis Penghawa Dingin

Jika anda dah pastikan semua komponen lain seperti compressor dalam keadaan baik tetapi kereta anda berbunyi dan tersentap sekali sekala jika penghawa dingin dipasang kemungkinan suis penghawa dingin rosak.

Suis penghawa dingin adalah didalam kereta yang selalu kita tekan dan relay pula kebiasaannya berada pada kotak hitam yang selalu di kedudukan cooling coil.

7.Gas Penghawa Dingin

Suhu kesejukan terasa sedikit kurang dan kita perlu tingkatkan tolok suhu. Berkemungkinan besar gas penghawa dingin telah berkurang dan perlu ditambah.

Cerita pasal tolok suhu, JANGAN di letak pada tahap maksima bila penghawa dingin kereta elok, kerana boleh menyebabkan valve penghawa dingin cepat rosak. Kita Cuma perlu tinggikan tahap tersebut sedikit demi sedikit jika kita rasa penghawa dingin kereta kurang sejuk.

Hubungi kami untuk servis kereta ditempat yang anda tentukan. Call/Whatsapp: 018-210 8110 Laman Web: www.serv.my

Similar Posts