2 TIPS ELAK KERETA BAHANG MACAM MICROWAVE WALAU PARKING DEKAT TEMPAT PANAS

Pasti semua pernah mengalami situasi ini, pergi kerja parking kereta dekat tempat yang tidak berbumbung, bila nak keluar lunch masuk kereta panas, masuk kereta bahang rasa dah nak jadi roti john, kemudian start enjin, pasang aircond dan buka seluas tingkap yang boleh sampai kereta sejuk sikit.

Tidak mengapa ada tips yang akan kami share untuk masalah ini. Tak perlu lagi susah-susah buka ke semua pintu kereta tunggu sejuk sikit atau turunkan tingkap sikit waktu parking.Turunkan tingkap sikit ketika parking ni amat berbahaya sebab berisiko orang curi kereta anda. Apa yang perlu anda buat hanya tekan butang fungsi ini sahaja

Tips 1: Tutup Flap Air-Cond Sewaktu Memandu

Pastikan flap air-cond ditutup ketika memandu. Ini berfungsi untuk pengudaraan kereta hanya berada di dalam kereta sahaja. Lalu mengekalkan udara yang sejuk dan nyaman sepanjang anda memandu.

Tips 2: Buka Flap Air-Cond Sewaktu Parking Kereta

Bila anda mahu parking kereta di bawah tempat yang tidak berbumbung dan panas. Maka metode dia terbalik, anda perlu buka flap air-cond supaya udara panas tidak berkumpul dan terperap di dalam kereta. Ini juga bertujuan untuk udara keluar masuk lantas mengekalkan kereta kurang panas.

Hanya 2 tips ini sahaja untuk anda elak kereta anda panas dan kurang bahang yang anda boleh cuba terus selepas ini. Cuba jangan tak cuba melainkan anda masih mahu terus jadi roti john di dalam kereta.

Penjagaan keseluruhan kenderaan amatlah penting,boleh membantu anda untuk servis kereta di lokasi anda disamping pemeriksaan percuma pada tayar dan juga bateri kereta anda.

Similar Posts