3 ELEMEN PENTING PADA KENDERAAN YANG PERLU ANDA AMBIL PERHATIAN

Penjagaan kereta secara rapi mampu mengurangkan potensi kerosakan pada kereta anda. Mari fahami 3 elemen penting yang perlu diberi perhatian secara berkala dalam penjagaan kereta anda.

Fungsi minyak enjin adalah untuk menjaga operasi enjin dengan mengurangkan geseran antara komponen. Ini akan mengurangkan kesan haus and masalah kekejangan komponen. Terdapat dua jenis minyak enjin,

a) Minyak sintetik (Fully atau semi sintetik)

b) Minyak mineral

Minyak enjin perlu ditukar bergantung kepada tempoh masa penggunaan atau jumlah jarak perjalanan. Secara amnya, minyak enjin seharusnya ditukar setiap 10,000km atau 6 bulan. Namun begitu, anda disarankan untuk menukar minyak hitam bergantung kepada jenis minyak enjin yang digunakan atau pengesyoran mekanik anda.

Kegagalan dalam menukar minyak enjin melebihi had yang ditetapkan akan menyebabkan keladak melekat dan menebal pada bahagian dalam enjin. Ini boleh menyumbang kepada kerosakan enjin dan pelbagai masalah lain. Penukaran penapis minyak (oil filter) adalah disarankan setiap kali anda menukar minyak enjin.

Bateri kereta boleh dibahagikan kepada dua jenis: Sel basah dan sel kering. Penggunaan jenis bateri adalah bergantung kepada kereta anda. Jenis bateri boleh dikenalpasti mengikut permukaaannya, di mana bateri sel basah mempunyai penutup untuk tempat mengisi air suling manakala sel kering adalah sebaliknya.

Bateri secara amnya mempunyai jangka hayat selama 2 tahun dan mampu bertahan sehingga 4 tahun, bergantung kepada jenis bateri dan sekiranya dijaga dengan betul. Pengisian semula air suling bagi bateri sel basah harus kerap dilakukan memandangkan bateri akan kehilangan cas sekiranya dibiarkan kering lebih daripada 6 bulan.

Penjagaan tayar yang teliti perlulah dititikberatkan bagi pemanduan yang selesa dan selamat. Anda perlulah sentiasa memerhatikan tahap kehausan tayar anda, seelok- eloknya seminggu sekali. Ini boleh dilakukan dengan melihat tanda di bahagian tengah bunga tayar tersebut. Tayar perlu ditukar dengan kadar segera sekiranya bunga pada tayar kurang dari takat tanda.

Tekanan udara pada tayar juga perlu kerap dipantau. Anda perlu memastikan bahawa tekanan udara pada tayar mengikuti spesifikasi yang ditetapkan oleh kilang. Tekanan udara tayar yang rendah boleh menjejaskan tahap kestabilan pemanduan manakala tekanan udara tayar yang tinggi boleh menyebabkan tayar mudah haus dan pecah.

Penjagaan keseluruhan kenderaan amatlah penting, SERV boleh membantu anda untuk servis kereta di lokasi anda disamping pemeriksaan percuma pada tayar dan juga bateri kereta anda.

Similar Posts