3 TIPS PENTING DAPAT LEBIH NILAI SEMASA MENGISI PETROL

Berikutan harga petrol pada masa ini yang tidak stabil dan selalu turun-naik, sebagai pemandu anda dinasihatkan untuk mengikut tips penjimatan seperti berikut.

Tips ini sangat membantu terutama kepada para wanita yang sering dilabel sebagai pemandu yang kurang cekap dan tidak berpengetahuan.

1. ISI MINYAK KERETA ANDA PADA WAKTU PAGI ATAU KETIKA SUHU SEJUK

Untuk pengetahuan anda kapasiti minyak petrol pada waktu sejuk lebih banyak berbanding waktu panas. Adakah anda perasan jika anda mengisi minyak pada waktu panas (tengah hari) akan kelihatan wap petrol keluar dari tangki minyak.

Ini disebabkan waktu panas akan menyebabkan wap yang berlebihan dan sekaligus mengurangkan kapasiti petrol semasa anda mengisi minyak. Jadi amalkan mengisi minyak pada waktu pagi atau malam untuk mengelakkan kehilangan petrol anda ditelan angin. Sekiranya anda terpaksa mengisi minyak ketika waktu panas, anda dinasihatkan untuk melakukan pembayaran di kaunter dahulu dan jangan membuka penutup minyak terlalu awal.

2. ISI MINYAK DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Teknik ini membantu petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas dan mengelakkan berlakunya pembaziran petrol. Anda perlu kawal picu dengan menarik secara separuh penuh untuk mengurangkan wap keluar bersama-sama petrol.

3. ISI MINYAK KETIKA TANGKI SEPARUH PENUH

Adakah anda pernah mendengar satu bunyi seperti buka penutup air berkarbonat apabila anda mengisi minyak masa takat tangki minyak surut atau meter berkelip? Ini terjadi kerana ruang udara yang luas dan dipenuhi dengan wap. Anda digalakkan membuat isian semula minyak apabila takat tangki minyak tidak kurang daripada separuh tangki kenderaan dan anda perlu isi minyak sehingga tangki penuh.

Sebenarnya petrol akan cepat habis jika terdapat banyak ruang kosong di tangki minyak kerana semakin besar ruang semakin banyak petrol akan meruap. Selain itu, anda juga boleh cuba teknik kombinasi minyak 97 dan minyak 95. Ini kerana penggunaan minyak 97 lebih melancarkan enjin kenderaan. Sekiranya anda selama ini mengguna minyak 95, sesekali bolehlah isi minyak 97 agar dapat membantu perjalanan enjin menjadi lebih lancar. Diharap tips-tips diatas dapat membantu anda dalam penjimatan kos untuk petrol.

Hubungi kami untuk servis kereta ditempat yang anda tentukan. Call/Whatsapp: 018-210 8110 Laman Web: www.serv.my

Similar Posts