5 PERBUATAN PEMANDU YANG PALING DIBENCI OLEH PEMANDU LAIN

1.Menggunakan Telefon Bimbit

Pernah alami situasi di mana kereta hadapan tiba-tiba brek mengejut atau kelihatan bergerak ke kiri kanan (huyung-hayang), dan bila anda memotong kereta tersebut, anda menyedari yang pemandu kereta berkenaan sedang menggunakan telefon bimbit mereka?

Meskipun sudah ramai yang tahu akan keburukan menggunakan telefon bimbit ketika, namun masih ramai yang melakukannya. Ingatlah, anda bukan sahaja merisikokan nyawa anda, tapi nyawa pemandu jalan raya yang lain. Panggilan atau mesej tersebut boleh ditunggu.

2.Mengambil Lebih Dari Satu Tempat Parking 

Kamu di parking mall pada hari minggu, dan dari jauh kamu nampak ada satu tempat kosong. Sebaik tiba di ruang tersebut, anda sedar yang sebahagian dari kereta sebelah telah park memasuki ruang tersebut – apa perasaan kamu?

Oleh itu, setiap kali setelah park, lihat sekeliling kereta anda dahulu dan pastikan kereta anda berada dalam kawasan tengah kotak yang disediakan. Bukan atas garis atau sangat dekat dengan garisan parking – perhatikan sama ada cermin sisi anda termasuk dalam ruang tersebut.

3.Tidak Memasang Signal Untuk Masuk Lorong, Atau Tinggalkan Signal Menyala

Haa masalah ini, admin pun pening. Ramai pemandu gemar menukar lorong tanpa memasang signal. Mereka menganggap dengan memasang signal, kenderaan disebelah akan laju ke hadapan dan menghalang mereka daripada menukar lorong. Tapi ini secara tidak langsung bermaksud yang mereka cuba menukar lorong secara mengejut, merbahaya untuk kedua-dua belah pihak. Apa kata selepas ini anda pasang signal, dan kereta disebelah tolong beri laluan agar proses menukar lorong menjadi lebih selamat.

Tinggalkan signal menyala juga merbahaya. Sudah banyak kemalangan di mana pemandu sedang cuba keluar simpang, dan nampak pemandu di jalan utama memasang signal seakan mahu memasuki simpang tersebut. Ini boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Oleh itu, pastikan anda padamkan signal anda selepas menggunakannya.

4.Kereta Belakang Mengikut Dengan Jarak Dekat

Sekiranya anda selalu melakukan perbuatan ini, mohon hentikannya. Perbuatan ini sangat merbahaya, kerana kebiasannya anda sedang memandu dengan kelajuan tinggi ketika melakukan perbuatan ini.

Anda tidak akan mempunyai jarak dan masa yang cukup untuk brek kereta anda. Admin faham kadang-kadang ada kereta perlahan berada di lorong laju (Ini pun satu lagi perbuatan yang dibenci), namun selalu juga situasi di mana kereta tersebut sedang memotong kereta lain, dan dalam situasi sebegitu, bersabar seketika.

5.Keganasan Di Jalan Raya

Selalu viral di laman sosial media kisah amukan jalan raya. Perkara ini sebenarnya boleh dielakkan dengan mengamalkan sikap bertimbang rasa. Berikut adalah satu contoh situasi: Pemandu A menukar lorong secara mengejut kerana sibuk melihat telefon bimbit (tolong jangan lakukan perbuatan ini) dan menyebabkan berlakunya kemalangan kecil melibatkan pemandu B.

Sudah pasti pemandu B berang kerana menjadi mangsa keadaan kerana Pemandu A. Pemandu A perlulah meminta maaf kepada Pemandu B dan bertanggungjawab dengan kelalaiannya (contohnya isu insuran dan dengar leteran).

Pemandu B pun janganlah garang sangat sampai mengeluarkan kata kesat atau pukul-memukul.

Kadang-kadang kita secara tidak sengaja melakukan kesilapan yang hampir menyebabkan kemalangan ketika memandu, akuilah kesalahan kita dan tidak perlu bergaduh. Terima teguran (contohnya kena honk) yang diberikan oleh pemandu lain dengan hati terbuka. 

Akhir sekali, berhentilah dari menjadi pembuli jalan raya.Tenang tenangkan diri di jalan raya, hubungi SERV untuk servis kenderaan anda sebelum perjalanan yang jauh, siap dengan 23 point pemeriksaan secara PERCUMA. Hubungi: 018-210 8110

Similar Posts