5 SIMPTOM ALTERNATOR KERETA ANDA BERMASALAH

APA ITU FUNGSI ALTERNATOR?

Alternator memainkan peranan kritikal dalam operasi kenderaan dimana ia berfungsi menjana tenaga elektrik untuk kereta hasil dari gerakan ataupun putaran komponen enjin kereta.

Arus elektrik digunakan untuk menghidupkan semua aksesori kereta, lampu utama, lampu brek, pendingin udara dan macam-macam lagi. Arus elektrik ini terhasil dari wayar-wayar di dalam alternator yang akan bergerak menerusi medan magnetik.

Selain itu, alternator juga memastikan bateri kereta dicas secukupnya untuk membantu menghidupkan kereta. Oleh itu, kami berkongsi 5 tanda yang diharapkan dapat membantu anda pemilik kenderaan  mengesan jika terdapat sebarang masalah pada alternator kereta.

1.PENUNJUK LAMPU AMARAN MENYALA

Terdapat pelbagai lampu penunjuk pada gugusan meter kereta anda khususnya untuk kereta-kereta moden yang seharusnya anda sentiasa perhatikan sama ada terdapat lampu amaran pada papan pemuka kenderaan atau tidak untuk mengesan sebarang masalah.

Salah satu lampu penunjuk akan menyala jika ia mengesan sesuatu masalah pada alternator kereta. Kebiasaannya lampu amaran alternator ini berbentuk seperti bateri namun ada juga sesetengah model kereta memaparkan nyalaan abjad “ALT” atau “GEN”, yang membawa maksud altenator ataupun generator.

Ramai mentafsirkannya sebagai masalah pada bateri tetapi sebaliknya. Lampu ini dihubungkan dengan sistem computer dalaman kereta yang mengesan keluaran voltan dari alternator. Sekiranya voltan yang dihasilkan berlebihan ataupun berkurangan, lampu tersebut akan menyala.

2.LAMPU UTAMA MALAP

Salah satu petanda utama alternator kereta anda bermasalah adalah lampu manjadi malap. Perkara ini disebabkan alternator berfungsi menyumbangkan tenaga elektrik kepada kenderaan.

Anda mungkin akan mendapati yang lampu kenderaan menjadi kurang terang ataupun terlebih terang. Begitu juga dengan aksesori-aksesori lain yang menggunakan tenaga elektrik seperti penyaman udara, meter-meter penunjuk dan tingkap kuasa.

3.VISUAL, BUNYI DAN BAU

Untuk tiga simptom ini, ia agak kurang tepat berbanding lampu amaran, tetapi ia juga pengalaman kita sendiri sebagai pemandu.

Dari pemerhatian VISUAL, mekanik kebiasaannya memeriksa alternator berdasarkan daripada maklumbalas pemilik kenderaan tentang simptom sebelum ini. Pemeriksaan ini bertujuan untuk mengesan tali sawat jika terdapat sebarang keretakan atau tali tersebut sudah haus.

Selain itu, tali sawat tidak boleh terlalu tegang ia mesti mempunyai regangan yang sesuai namun tidak terlalu longgar. Manakala dari segi pendengaran, kita akan mendengar BUNYI yang tidak biasa kita dengar dalam bahagian enjin sebelum alternator gagal berfungsi.

Tali sawat aksesori berfungsi menggerakkan alternator dengan bantuan pulley dan beberapa bushing agar alternator bergerak dengan lancar. Anda juga boleh mendengar bunyi geseran sebelum alternator rosak sepenuhnya kerana ia juga mempunyai bebola galas sendiri untuk melancarkan putarannya dan kerosakan pada bebola galas ataupun syaf akan menghasilkan bunyi geseran tersebut.

Apabila alternator hampir rosak, anda akan dapat BAU getah terbakar ataupun wayar yang terlalu panas. Tali sawat gagal bergerak lancar kerana pulley yang sudah rosak dan menjadi semakin panas. Lalu tali sawat tersebut menjadi panas dan menghasilkan seperti bauan getah terbakar.

4.BATERI MATI @ ‘KONG’

Sekiranya anda gagal menghidupkan kenderaan anda, ada dua kemungkinan sama ada jangka hayat bateri anda sudah tamat atau alternator bermasalah. Sekiranya anda sudah memutar kunci kereta tetapi hanya mendengar bunyi “klik” dan enjin gagal dihidupkan, ia mungkin berpunca daripada bateri yang telah mati.

Jika anda menjaga beteri kereta anda dengan baik dan mungkin masih baru, enjin kereta anda tidak boleh dihidupkan mungkin kerana alternator mengalami kerosakan. Apabila alternator rosak, ia tidak mampu membekalkan arus elektrik secukupnya untuk mengecas bateri lalu menyebakan bateri kekurangan tenaga untuk menghidupkan enjin.

5.KEROSAKAN ATAUPUN MASALAH SAMBUNGAN YANG LONGGAR

Tiada kerosakan dikesan tetapi bateri kereta anda kehilangan kuasa. Ini kerana alternator seharusnya berfungsi menghasilkan tenaga elektrik tetapi ia tidak dapat disalurkan ke mana-mana bahagian jika terdapat kerosakan atau masalah pada kabel-kabel penyambung. Ia juga boleh mengakibatkan plastik penebat wayar menjadi hangus lalu menghasilkan bau terbakar.

Selain itu, kerosakan yang biasa terjadi bila bahagian diod rectifier yang berfungsi untuk menukar arus elektrik ulang alik (AC) kepada arus sehala (DC) tetapi aksesori kereta lazimnya memerlukan DC. Rectifier berfungsi menukar AC kepada DC.

KONKLUSI DAN PENYELESAIAN

Lazimnya, mekanik yang mahir mampu membaik pulih alternator anda dengan menukar komponen tertentu yang rosak. Bergantung juga kepada kerosakan, jika tidak serius alternator anda masih boleh diselamatkan. Tetapi sekiranya kerosakan terlalu serius, anda perlu menukar alternator lain. Anda boleh mendapatkan alternator baharu, dari kedai potong atau recond berdasarkan bajet anda. Jangan memandang remeh masalah alternator kereta anda kerana jika ia tidak dijaga mungkin kereta anda terpaksa tersadai di tepi jalan kerana enjin kereta mati secara tiba-tiba.Servis kereta anda bersama SERV, dimana mana sahaja kami akan datang.

Similar Posts