6 POINT PANDUAN MENJUAL KERETA SENDIRI

Tahukah anda menjual kereta terpakai bukannya sesuatu yang mudah kerana banyak proses yang perlu dilakukan dan kebiasaannya mengambil masa yang lama. Terdapat dua cara untuk menjual kereta terpakai di Malaysia iaitu dengan melalui ejen dan penjualan secara persendirian.

Kebanyakan ejen dan pengedar kereta di Malaysia menawarkan perkhidmatan membeli kereta terpakai. Untuk pengetahuan anda, cara ini paling mudah bagi kereta yang  masih mempunyai baki pinjaman di bank. Sebelum menjual kereta anda, ejen akan memberi nilai kereta tersebut dan menawarkan harga di bawah kadar pasaran kereta tersebut. Anda boleh menjual kereta tersebut jika anda bersetuju dengan harga yang ditawarkan. Anda juga boleh menggunakan nilai jualan kereta tersebut untuk pembelian kereta baru dengan cara menjual kereta secara ‘trade-in’. Kemudian kereta tersebut akan dibaikpulih dan menjualnya di kadar pasaran.

Pilihan menjual sendiri kereta terus ke pembeli tanpa melalui ejen bukan sahaja dapat mengurangkan jumlah penambahan wang simpanan di bank malah anda akan dapat pulangan yang lebih tinggi. Namun, prosesnya amat rumit terutama sekiranya ini merupakan kali pertama anda ingin menjual kereta. Berikut merupakan langkah-langkah penting sebagai panduan untuk anda.

1.Iklankan Kereta

Mudah.my atau carlist.my merupakan platform terbaik untuk mengiklankan kereta anda. Pastikan tajuk yang jelas, maklumat kereta, nombor telefon dan email beserta gambar kereta.

2.Tentukan Harga Yang Betul

Gunakan laman web seperti carlist.my, Motor Trader dan oto.my untuk membuat kajian dan membandingkan harga pasaran. Pastikan anda mengiklankan harga yang paling hampir dengan harga terakhir yang anda inginkan. Laman web Carreviewsncare juga boleh digunakan untuk mendapatkan tips menaiktaraf kereta anda, sekaligus menambah harga jualan.

3.Servis Kereta

Utamakan penyelenggaraan kereta bahagian luar kerana itu menjadi perhatian bakal pembeli kerana kereta yang dalam keadaan baik akan mudah untuk dijual pada harga yang mahal.

4.Tawar Menawar

Sekiranya anda berhasrat untuk memberi diskaun atau harga istimewa, keutamaan sepatutnya diberikan kepada bakal pembeli yang ingin membayarnya secara tunai. Setelah mendapat persetujuan harga, pastikan anda menetapkan jumlah deposit.

5.Pemeriksaan PUSPAKOM Dan Rekod Saman

Untuk pengetahuan anda, sekiranya kereta anda tidak mendapat kelulusan PUSPAKOM, kereta anda tidak boleh ditukar hakmilik kepada pembeli baru. Anda juga perlu memeriksa status saman kereta anda supaya anda tidak mempertanggungjawabkan saman itu kepada pembeli kereta anda.

6.Penukaran Hak Milik

Ini merupakan langkah terakhir proses penjualan kereta anda dengan cara berhubung terus ke pejabat JPJ untuk urusan penukaran hak milik selepas bayaran dibuat. Pembeli kereta pula perlu membeli insuran kereta terlebih dahulu. Sebagai panduan, jumlah insurans perlu sekurang-kurangnya 90% daripada nilai kereta tersebut.

Kesimpulannya, kebaikan menggunakan khidmat ejen atau ‘dealer’ ialah mereka akan tetapkan harga kereta anda walaupun kereta tidak dalam keadaan baik. Namun begitu mereka akan menawarkan harga serendah yang mungkin untuk kereta anda sebagai cara untuk menjaga keuntungan.

Point no 3 tu antara yang paling penting, anda boleh hubungi SERV untuk servis kereta serta kami berikan 23 point pemeriksaan secara percuma untuk anda…!

Hubungi Kami:

Call/Whatsapp: 018-210 8110
Laman Web: www.serv.my

Similar Posts