ANDA PENING NAK MENCARI KERETA TERPAKAI? BACA 6 TIPS MUDAH INI!

Untuk kebanyakan orang, terutamanya kali pertama hendak membeli kereta, ia memerlukan keputusan yang bagus sebelum membeli dan memiliki kereta. Kereta adalah keperluan, disini kami kongsikan tips untuk memudahkan keputusan anda untuk memiliki sebuah kereta terpakai:

1. Tetapkan Bajet Anda.

Setelah anda tetapkan bajet bulanan anda, baru anda boleh buat carian online untuk menentukan pilihan kereta terpakai yang ada dipasaran. Sekarang cukup mudah mencari kereta terpakai secara online, kalkulator untuk mengira harga kereta, bayaran deposit dan kos bulanan. Disini anda boleh lihat, kereta terpakai mana yang anda boleh memiliki mengikut bajet anda.

2. Tetapkan Usia Kereta.

Usia kereta juga main peranan yang penting, anda boleh tetapkan untuk cari kereta usia tidak lebih 5 tahun, kemudian lihat berapa kos yang terlibat, jika tidak kena dengan kos bajet anda, boleh naikkan usia ke 6 tahun dan keatas. Daripada sini, kita boleh senaraikan beberapa kereta sebelum buat keputusan.

3. Perbatuan Kereta.

Semakin rendah perbatuan (milleage), semakin kurang kegunaan kereta. Semakin tinggi perbatuan, semakin rendah kos sebuah kereta. Secara logik, jika kereta terpakai jarang dipakai, kondisi ia dalam keadaan yang sangat baik, ini merupakan satu situasi yang ideal untuk pembeli kereta terpakai.

4. Periksa Sejarah Kereta.

Kita perlu berhati-hati bila ini membeli sebuah kereta terpakai, jika harga terlalu murah, ada risiko untuk kita ditipu dan boleh juga ada sesuatu yang tidak kena dengan kereta terpakai itu. Kebiasaan kereta itu sudah ada sejarah kemalangan, perbatuan yang palsu dan dah banyak pemilik kereta, makin banyak pemilik kereta terpakai, semakin rendah nilai kereta tersebut. Jadi, anda perlu berhati-hati sekiranya ditawarkan harga yang rendah berbanding pasaran.

5. Bawa Rakan Mekanik.

Bonus! Kalau boleh kita perlu bawa rakan mekanik sebelum membeli kereta terpakai. Mereka sangat arif melihat kereta, minta bantuan mereka untuk periksa luar dan dalaman kereta terpakai. Kalau tak kenal mekanik, tawarkan upah kepada mekanik yang ada dan bawa dia bersama anda untuk memeriksa kereta sebelum membuat keputusan.

6. Pandu Uji Kereta.

Kita pembeli, maka guna kuasa kita untuk pandu uji kereta sebelum membeli. Puaskan hati kita dengan pandu uji, rasa kereta itu sebelum membeli. Sekiranya kita tidak diberi peluang untuk pandu uji, cari saja tempat jual kereta seterusnya untuk membeli.

Kesimpulannya, ini 6 tips yang kami boleh kongsi kepada anda sebelum membeli kereta. Ini untuk memastikan anda selesa dengan keputusan anda, sesuai dengan bajet yang anda tetapkan.

p/s : Nak cari workshop dan berkenalan dengan mekanik? Muat turun app SERV di Google Play dan Apple Store, cari workshop yang berdekatan dengan lokasi anda dan telefon workshop dan berkenalanlah dengan mekanik workshop.

Call/Whatsapp: 018-210 8110
Laman Web: www.serv.my

Similar Posts