KERETA BAU BUSUK? INI ADALAH 4 TIPS MENANGANI BAU BUSUK DI DALAM KERETA.

Sebagai pengguna kereta, kita wajarlah mementingkan kebersihan kereta termasuk bau-bauan kereta. Hal ini kerana, bau-bauan kereta akan mendatangkan perasaan kurang senang kepada pemandu dan penumpang. Antara bau-bauan yang kurang menyenangkan dan mampu diatasi adalah muntah, sampah dan sebagainya. Jangan risau kami ada tips untuk anda menghilangkan bau busuk di dalam kereta. 

  1. Arang 

Meletakkan arang di dalam kereta menjadi salah satu cara untuk membuang bau busuk. Arang adalah satu bahan semula jadi untuk menghilangkan bau yang kurang menyenangkan. Cara untuk meletakan arang di dalam kereta adalah dengan meletakkan arang di dalam beg plastik yang terbuka dan tinggalkan di dalam kereta untuk satu atau dua malam. Hal ini arang akan menyerap segala toxin dan meninggalkan kereta dengan bau asal. 

  1. Serbuk Penaik 

Serbuk penaik adalah antigen yang terbaik untuk menghilangkan bau muntah. Antara cara yang perlu dilakukan adalah membasahkan kawasan yang terkena muntah dan tabur sedikit serbuk penaik sehingga kering. Jika mahu hilangkan bau dengan cara efektif, letak serbuk penaik di dalam bekas berlumbang dan biarkan di dalam kereta. 

  1. Cuka 

Jika mahu menghilangkan bau yang terlalu kuat, campur cuka bersama air dan letakkan di dalam bekas yang terbuka dan biarkan sehingga bau busuk hilang dari kenderaan. Selain itu, anda boleh menyemburkan cuka bersama campuran air di tempat yang mempunyai bau busuk yang kuat. 

  1. Penyegar Udara 

Penyegar udara yang sering diguna pakai oleh kita. Kita boleh memilih pelbagai jenis wangian untuk menghilangkan bau-bauan yang busuk daripada kereta kita. Anda boleh membeli penyegar udara yang dipasangkan di penghawa dingin atau menyimpan “ Spray air freshener “ di dalam kereta anda supaya kereta anda akan kekal wangi sentiasa. 

Jadi, tunggu apa lagi, jadilah pengguna kereta yang mementingkan kebersihan dan keselesaan sendiri dan penumpang. Selain itu, gunalah SERV untuk memastikan kereta anda berada di dalam kondisi yang terbaik.

Muat turun aplikasi kita hari ini!

Similar Posts