KERETA DAH HABIS BAYAR, ANDA MASIH BUKAN PEMILIK SEPENUHNYA!

Tahniah kerana berjaya selesaikan salah satu hutang terbesar dalam kehidupan harian anda! 

Selain hutang rumah (mortgage), hutang pinjaman kenderaan (hire purchase) ini antara komitmen yang kerap membebankan kita. Tapi, jangan rasa lega lagi kerana ini belum bermakna kereta itu sudah menjadi hak milik anda sepenuhnya!

Selagi anda tak buat proses E-Batal di JPJ, kereta anda masih dimiliki oleh pihak bank yang memberikan pinjaman kepada anda. Boleh ikut proses berikut untuk buat E-Batal ni.

  1. Syarat utama nak buat E-Batal ni adalah perlu habiskan hutang dulu.  Kalau belum g diblhabis, sila habiskan dulu.
  2. Dah habis bayar, pergi ke bank yang berikan pinjaman,untuk dapatkan geran asal kereta anda, dan minta surat pelepasan hak dari mereka. 
  3. Seterusnya, pergi ke JPJ untuk buat proses E-Batal ni. Pastikan mereka cop E-Batal pada geran asal
  4. Sah! Kenderaan itu anda yang punya

Untuk kenderaan yang dibeli secara cash, biasanya tiada keperluan untuk buat E-Batal ni. 

Muat turun aplikasi kita hari ini!

Similar Posts