5 BARANG YANG MESTI ADA DALAM KENDERAAN ANDA!

Kebiasaannya, kenderaan yang baru dibeli sudah dilengkapkan dengan peralatan asas, contohnya, set pemutar skru (screwdrivers tool) yang digunakan untuk menukar tayar anda jika berlaku tayar pancit. Namun, ada barang dan peralatan lain yang juga diperlukan mengikut keadaan dan anda mesti mendapatkan barang keperluan ini.

1. Payung

Sebagai rakyat Malaysia, kita sedia maklum bahawa cuacanya tidak menentu terutama bila hujan lebat turun. Ketika anda memanda, kadang kala hujan boleh turun pada bila-bila masa. Disebabkan itu, anda perlu menyimpan sekurang-kurangnya satu payung supaya tidak menjadi masalah untuk anda bergerak kemana-mana dan boleh mengelakkan daripada basah.

2. Surat Khabar

Cuba anda fikir, sudah berapa lama anda tidak membeli surat khabar? Di dalam kenderaan, kita perlu menyimpan beberapa surat khabar lama untuk digunakan untuk mengelap muntah bayi, kopi yang tertumpah, memeriksa aras minyak hitam dalam engine kereta dan juga boleh digunakan sebagai alas kerusi selepas anda mengunjungi pantai. 

3. Segitiga Amaran

Sekiranya, nasib anda tidak baik, kereta anda tersadai atau rosak dalam perjalanan jauh ke destinasi, terutama pada waktu malam, segitiga amaran amat penting untuk memberi amaran kepada orang ramai supaya memperlahankan kenderaan. Jika berlaku kerosakan kereta, bawa kereta anda di tepi jalan dan letakkan segitiga amaran 10 atau 20 kaki di belakang kenderaan. Langkah ini akan mempastikan keselamatan anda sebelum semasa mendapatkan bantuan pihak towing ataupun bantuan PLUS Lebuhraya.

4. Pita Pelekat

Pernah tak anda mengalami kemalangan dan bumper kereta anda tercabut? Sekiranya anda ingin bergerak selepas bumper anda jatuh dan jarak bengkel daripada lokasi anda tidak terlalu jauh, sudah tentu anda perlukan satu solusi jangka masa pendek semasa bergerak ke bengkel. Disini, pita pelekat boleh digunakan untuk menyambung bumper tersebut dan memudahkan anda untuk bergerak. Banyak lagi kegunaan pita pelekat, contoh yang lain ialah boleh digunakan untuk melekatkan plastik untuk menutup cermin yang pecah. 

5. Kit Pertolongan Cemas

Memiliki kenderaan ialah satu keperluan dan begitu juga kit pertolongan cemas. Sekiranya berlaku keadaan baik, kemalangan, kit pertolongan ini boleh digunakan dalam keadaan cemas sementara mendapatkan bantuan lanjut. Perkakas asas yang diperlukan ialah cecair antiseptik, pembalut kecederaan (bandage), kapas beralkohol, plaster, aspirin, dan gunting.

Ini antara peralatan dan barang keperluan asas yang diperlukan didalam kenderaan anda, sudah tentu ada lagi barang keperluan yang anda boleh fikirkan selepas membaca artikel ini dan sekiranya anda memerlukan bantuan Bengkel Kenderaan berdekatan dengan anda, anda boleh muat turun SERV app dan buat janji temu dengan Bengkel pilihan anda!

Muat turun aplikasi kita hari ini!

Similar Posts